7 SUNNAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM ISLAM

Perbuatan merakam untuk mempertontonkan isteri saat bersabung nyawa ketika melahirkan anak adalah sangat tidak diajar serta tiada di dalam ajaran Islam kerana ia menjatuhkan maruah. Malangnya, ada dikalangan ibu bapa yang bertindak merakam saat ibu melahirkan anak kemudian dikongsikan kepada orang lain. Kelahiran anak adalah merupakan suatu kebahagiaan tersendiri bagi ibu bapa. Namun di sebalik kegembiraan, ia juga merupakan amanah yang harus dijaga dan dijalankan sesuai dengan kewajipan. Dalam surah As-Syura, disebutkan bagaimana Allah memberikan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai salah satu anugerah kepada siapa yang Dia kehendaki, yang maksudnya: "Kepunyaan ALLAH-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dike...